APA YANG ORANG SELALU TANYA?
PERCUKAIAN & URUSAN LHDN
Pengenalan
Apakah soalan yang biasa orang tanya tentang cukai?
Antara soalan yang sering ditanya termasuk:
* Macam mana nak daftar cukai ni?
* Bagaimana nak dapatkan nombor TIN?
* Apa itu nombor TIN?
* Cara nak isi nya borang cukai tu macam mana?
* Berapa jumlah cukai yang perlu dibayar?
* Semua kena bayar cukai ke?
---
Apa sebenarnya kewajipan berkaitan cukai?
Ssetiap individu yang menjalankan perniagaan WAJIB mengisytiharkan pendapatan kepada pihak LHDN
Pendapatan yang dimaksudkan ialah:
Jualan Kos perniagaan yang dibenarkan = Pendapatan bercukai
---
Semua orang kena bayar cukai ke?
Tidak semestinya.
Cukai hanya dikenakan jika selepas ditolak semua kos yang dibenarkan, jumlah pendapatan bersih melebihi paras tertentu yang ditetapkan oleh pihak LHDN
---
Semua kos niaga boleh ditolak ke?
Tidak semua.
Sebab itu penting untuk ada akauntan atau ejen cukai yang dapat membezakan antara kos yang dibenarkan dan tidak dibenarkan menurut peruntukan undang-undang.
---
Apa rumusannya?
Setiap perniagaan WAJIB ISYTIHAR pendapatan,
tetapi BUKAN SEMUA PERLU BAYAR CUKAI.
---
Isytihar dengan siapa? Guna borang apa?
Isytihar menggunakan Borang B (untuk individu yang menjalankan perniagaan).
---
Kena buat sendiri ke semua ni?
Kebiasaannya, pemilik bisnes akan
melantik akauntan luar untuk bantu menyediakan kiraan dan menguruskan pengisytiharan cukai dengan lebih teratur dan sah dari segi undang-undang.
Oleh : Nur Firdaus bin Muhammad
ADA 7 PERKARA ANDA PERLU BUAT
1. Buka Akaun Bank Perniagaan
Gunakan sijil SSM untuk buka akaun bank atas nama perniagaan.
Elakkan campur duit peribadi & perniagaan.
Dengan mengasingkan transaksi bisnes, bank akan lebih yakin, kerana anda tidak mencampur adukkan transaksi bisnes dan peribadi.
---
2. Daftar Cukai dengan LHDN
Daftar nombor cukai (TIN) untuk individu atau syarikat. Sekiranya SSM anda 2 pemilik, tentunya perlukan no TIN khas buat perniagaan tersebut.
Wajib walaupun masih belum untung. Prinsip asasnya adalah kena buat declration walau apa situasi bisnes anda. Soal perlu bayar cukai atau tidak, pihak LHDN akan tentukan status bisnes anda bila serah simpan di buat.
---
3. Sediakan Sistem Rekod Kewangan
Simpan semua resit & invois.
Guna perisian akaun atau Excel untuk pantau aliran tunai. Sekiranya tidak mahir gunakan amalkan point pertama, iaitu simpan segala dokumen bisnes anda.
Set up, SOP ringkas buat bisnes anda bila melibatkan kewangan, contohnya simpan segala resit & invoice dalam 1 fail khusu, buat 1 group whatsApp khas untuk simpan resit-resit.
---
4. Daftar dengan KWSP & PERKESO (Jika Ada Pekerja)
Wajib jika menggaji pekerja.
Pastikan caruman dibuat setiap bulan.
Dapatkan panduan lebih jelas dengan agensi berkaitan bila anda punyai pekerja. Soal rekod pekerja jangan sambil lewa. Kerana ini juga kunci pertumbuhan bisnes anda.
---
5. Buat Cop Syarikat & Beli Invoice Book
Untuk urusan rasmi dan dokumentasi.
Boleh juga pertimbangkan invois digital.
---
6. Buat Profil Perniagaan / Branding
Sediakan logo, nama domain, media sosial.
Mula bina kepercayaan pelanggan.
Punyai branding sendiri membuatkan orang akan ingat bisnes anda. Amalkan branding asas supaya anda dapat bergerak ke stage seterusnya untuk branding.
---
7. Fahami Kewajipan Undang-Undang & Lesen
Semak jika perlu mohon lesen PBT, Halal, KKM, dsb.
Pastikan perniagaan patuh undang-undang.
Ambil tahu perkara asas yang anda perlu patuhi, kerana akibatnya bila tak patuh boleh kena saman atau di kompoun.
---
SEBAIKNYA BUAT SEHABIS BAIK UNTUK PENUHI SENARAI DI ATAS, DAN PESANAN KAMI JANGAN TUNGGU BAGI LENGKAP UNTUK BERMULA, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR KUNCI UNTUK KEJAYAAN. TIDAK SEMESTINYA KENA BELAJAR SECARA FORMAL. RAJIN BERTANYA JUGA YA!
Kami juga menyediakan perkhidmatan kira cukai, penubuhan Sdn Bhd, & setiausaha syarikat.
Oleh : Nur Firdaus bin Muhammad
APA PENIAGA WAJIB KENA TAHU?
1. Apa Itu Cukai Perniagaan Secara Ringkas?
Cukai dikenakan ke atas pendapatan bersih perniagaan. Formula mudah:
`Pendapatan – Kos Perniagaan Yang Dibenarkan = Pendapatan Bercukai`
Pihak berkuasa akan kenakan cukai atas baki yang positif. Tapi ramai peniaga terlepas pandang satu perkara penting — kos perniagaan
Rujuk ejen cukai atau akauntan bertauliah untuk formula lebih terperinci.
---
2. Kos Bisnes: Apa Yang Boleh Ditolak?
Kos bisnes merujuk kepada perbelanjaan yang dibuat untuk menjana pendapatan. Contoh:
* Sewa pejabat atau kedai
* Gaji pekerja
* Pembelian stok
* Bil utiliti
* Alat tulis, printer, komputer
* Bayaran ejen, juruaudit, akauntan
Bukan semua kos boleh ditolak! Contohnya, perbelanjaan peribadi atau pembelian yang tiada bukti.
---
3. Masalah Biasa:
Tak Tahu Kategori Kos
Ramai peniaga:
* Campur duit peribadi & bisnes
* Tak simpan resit
* Tak tahu nak asingkan kos ikut kategori
Akibatnya? Kos tak boleh disahkan dan cukai jadi lebih tinggi dari sepatutnya!
---
4. Solusi: Asing, Simpan, Rekod
Nak elakkan masalah audit dan bayar cukai lebih? Buat 3 langkah mudah:
Guna akaun bank khas untuk bisnes
Simpan semua bukti perbelanjaan (resit, invois, bayaran)
Serahkan kepada akauntan untuk klasifikasi
---
5. Bila Mula Sdn Bhd, Ambil Kesempatan Untuk Tersusun
Setiap kali kami uruskan penubuhan Sdn Bhd, kami akan pesan:
> “Apa-apa duit keluar, WAJIB ada bukti & penerangan.”
Dengan sistem tersusun dari awal, anda bukan saja kurangkan risiko audit — tapi juga boleh rancang cukai dengan lebih efisien.
---
6. Akauntan Luar Bantu Kawal Kewangan
Ramai fikir akauntan hanya penting masa hujung tahun — sebenarnya tak!
Akauntan luar boleh bantu:
* Susun rekod kewangan
* Kategorikan perbelanjaan
* Rancang aliran tunai
* Elak kesilapan semasa e-Filing
---
Penutup:
Kos bisnes bukan sekadar angka — ia kunci untuk jimat cukai dan urus perniagaan secara profesional. Kalau anda masih keliru tentang apa yang boleh dan tak boleh ditolak, berbincanglah dengan ejen cukai bertauliah.
Oleh : Nur Firdaus bin Muhammad
1. Duit Jualan & Penyata Bank
Setiap bulan, jangan lupa untuk mencetak penyata bank. Bagi penyata bank, pastikan baki di akhir bulan tidak terlalu minimum. Sediakan jumlah yang mencukupi. Atur pembayaran yang melibatkan waktu di hujung bulan. Jika perlu, tunda pembayaran sehari dua, tetapi jika terlalu mendesak, lakukan pembayaran tersebut. Contohnya, pembayaran gaji perlu dilakukan pada setiap 1 haribulan.
Namun, jika polisi perniagaan anda menetapkan pembayaran pada hujung bulan, dan bulan berikutnya ingin dibayar awal, maklumkan kepada pasukan anda lebih awal. Makluman awal adalah penting, terutama jika tarikh pembayaran gaji berubah.
Pastikan segala duit jualan dimasukkan ke dalam akaun bank rasmi perniagaan. Duit tunai perlu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam bank. Anda boleh membuat deposit 2-3 hari sekali untuk duit tunai tersebut. Elakkan rutin yang melibatkan tunai kerana ia berisiko.
---
2. Duit Bayaran
Apabila melibatkan pembayaran, pastikan anda menyemak semua aliran wang keluar. Jika anda sukar untuk menguruskan pembayaran, buatlah satu kumpulan WhatsApp supaya resit-resit dapat dikumpulkan di dalamnya. Ambil sedikit masa untuk urusan "softcopy" ini. Aliran wang keluar akan memberi kesan terhadap percukaian anda.
Usahakan untuk meminta resit atau invois setiap kali melakukan pembayaran. Pisahkan pembayaran perniagaan dan peribadi. Jika bercampur aduk, ia akan menyebabkan kekeliruan di kemudian hari.
Resit minyak sering hilang tulisannya, jadi ambil gambar dan simpan dalam bentuk softcopy. Sebahagiannya boleh dijadikan perbelanjaan yang dibenarkan.
Untuk pembayaran tunai melibatkan individu, gunakan Payment Voucher atau Baucer Bayaran. Pastikan semua butiran dicatat dengan jelas pada baucer tersebut. Jika ia sah, LHDN akan benarkan sebagai perbelanjaan yang dibenarkan.
---
3. Hitam Putih
Dalam urusan pembayaran, pastikan semuanya ada hitam putihnya. Jangan hanya bergantung kepada janji mulut sahaja. Banyak kes yang berlaku di mana semuanya nampak baik pada mulanya, tetapi bila ada masalah, perselisihan berlaku. Di awal perniagaan, semuanya nampak lancar, tetapi apabila bisnes mula berkembang, ketamakan boleh menguasai diri.
Bila mengambil pekerja, buatlah surat lantikan yang rasmi. Jika perlu berurusan, buat surat atau pengesahan untuk memudahkan urusan anda di masa hadapan.
Oleh : Nur Firdaus bin Muhammad
Ramai peniaga ingat jika tiada untung, tiada cukai perlu dibayar. Tapi ini TIDAK SELALU BENAR!
Kenapa?
1. Tiada Untung di Akaun ≠ Tiada Untung Cukai – Untung akaun vs untung cukai boleh berbeza. Kaedah pengiraannya adalah sangat berbeza.
Mengira untung cukai mereka mengkelaskan perbelanjaan yang dibenarkan atau tidak benarkan. Tidak pada kaedah kira untung rugi biasa.
Jadinya hati2 ya!
---
2. Cukai Tetap - Bayaran ansuran cukai pendahuluan – Contohnya CP204 bagi Sdn Bhd, CP500 bagi enterprise (anggaran cukai) tetap perlu dibayar ikut anggaran yang dilapor.
Bayaran CP ni adalah cukai yang perlu di bayar bagi perestasi bisnes semasa. LHDN mohon anda bayar dahulu terus cukai untuk bisnes semasa. Nanti semasa buat pengisytiharan baru lah tolak semua cukai yang telah di bayar. Sekiranya tidak cukup kena top up, kalu ada lebihan mereka akan pulangkan.
---
3. Audit Cukai – LHDN boleh audit walaupun syarikat lapor rugi beberapa tahun berturut-turut.
Ada banyak faktor dan data yang di kesan oleh pihak berkuasa. Dengan kuasa platform digital, pihak berkuasa puanyai banyak data yang membolehkan mereka membuat penilaian semula.
---
Rancang cukai anda secara bijak. Jangan ambil mudah bila tiada untung. Dapatkan khidmat nasihat awal dari ejen cukai atau akauntan berdaftar.
Oleh : Nur Firdaus bin Muhammad
Setiausaha syarikat memainkan peranan penting dalam memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang. Berikut adalah beberapa peranan utama yang dilaksanakan oleh setiausaha syarikat:
Pematuhan Undang-Undang dan Peraturan
Setiausaha syarikat bertanggungjawab memastikan syarikat mematuhi semua peraturan undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan korporat, seperti Akta Syarikat 2016 di Malaysia. Ini termasuklah penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran dan pelaporan tahunan syarikat.
---
Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham
Setiausaha syarikat menyelaraskan mesyuarat lembaga pengarah dan mesyuarat pemegang saham. Mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan minit mesyuarat yang tepat dan mendokumentasikan keputusan yang diambil.
---
Penyediaan dan Pengurusan Dokumen Syarikat
Setiausaha syarikat menguruskan dokumen rasmi syarikat, termasuk penyediaan laporan tahunan, pengisian dan pemfailan borang dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), serta pengurusan rekod penting lain.
---
Pendaftaran dan Pembaharuan SSM
Setiausaha syarikat memastikan syarikat berdaftar dengan SSM dan menyelesaikan semua proses pendaftaran dan pembaharuan yang diperlukan, seperti pembaharuan lesen dan pengisian maklumat syarikat yang tepat.
---
Nasihat Korporat dan Pengurusan
Setiausaha syarikat memberi nasihat kepada pengurusan dan lembaga pengarah mengenai perkara-perkara berkaitan dengan tadbir urus syarikat, termasuk peraturan undang-undang, dasar, dan prosedur yang relevan dengan operasi syarikat.
---
Pengurusan Rekod dan Keahlian
Setiausaha syarikat bertanggungjawab untuk mengemas kini rekod pemegang saham dan pengarah, memastikan data yang lengkap dan tepat bagi tujuan laporan dan audit.
Dengan pelbagai tanggungjawab yang dipegang, setiausaha syarikat bukan sahaja memainkan peranan dalam memastikan pematuhan undang-undang tetapi juga berperanan sebagai penghubung utama antara pengurusan syarikat dan pihak berkuasa.
Oleh : Nur Firdaus bin Muhammad
Sana sini cerita E Invoice..
MAKSUD INVOICE MENGIKUT KAMI
Invoice terma dalam bahasa inggeris, manakala dalam bahasa melayu disebut invois.
Adalah suatu dokumen yang diberikan oleh penjual untuk urusan berkaitan jual beli samaada berkaitan barangan atau perkhidmatan kepada pembeli iaitu pelanggan bagi membuktikan aktiviti jualan berlaku.
Pada dokumen berkenaan terdapat butiran yang didagangkan atau urus niaga yang di jalankan. Antara butiran yang diletakkan adalah berapa unit yang dijual beli, nilai urusan ( samaada dalam ringgit atau lain-lain matawang ), butiran penjual dan pembeli, tarikh berlakunya urusan, dan lain2 butiran yang dirasakan munasabah untuk diletakkan.
E-INVOICE
Adalah bermaksud invois elektronik, iaitu versi digital bagi invois tradisional. Ia dikeluarkan, dihantar, dan diterima dalam format elektronik melalui sistem atau platform digital, seperti e-mel, portal dalam talian, atau perisian perakaunan. E-invois memudahkan pemprosesan, penyimpanan, dan pengesanan invois, serta mengurangkan penggunaan kertas dan masa yang diperlukan untuk urusan invois secara manual.
E INVOICE OLEH LHDN
E Invoice adalah polisi baru berkaitan pengeluaran invoice di Malaysia yang mana diselia kawal urusannya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ).
Dimulakan oleh syarikat yang punyai jualan RM100 juta ke atas pada 1 Ogos 2024.
Sumber makluman utama bagi pelaksanaan E-Invoice adalah melalui web LHDN. Anda boleh rujuk secara lebih terperinci di web berkenaan.
PERHATIAN! KESAN E INVOICE PADA PENIAGA
Bila pelaksanaan ini di buat, peniaga perlu menghantar maklumat jualan secara "real time" terus kepada pihak LHDN. Mereka yang sebelom ini tidak pernah menghantar borang isytihar pendapatan perlu selesaikannya dengan segera kerana pihak LHDN akan mula menyemak data mereka peniaga yang tidak pernah buat isytihar pendapatan.
Mereka yang tidak paham asas cukai juga digalakkan untuk mula mencari maklumat dengan segera. Dan di kehendaki menyemak status cukai mereka.
Oleh : Nur Firdaus bin Muhammad
Hati-Hati Memilih Pinjaman:
Untuk peringkat mula, Utamakan pilih Tekun, MARA atau Amanah Ikhtiar
Jika anda bercadang untuk membuat pinjaman bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan, cubalah sedaya upaya mendapatkan pembiayaan daripada agensi kerajaan seperti TEKUN Nasional, MARA, atau Amanah Ikhtiar Malaysia.
Institusi-institusi ini menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah, tempoh bayaran balik yang fleksibel, serta bimbingan perniagaan. Pilihan ini jauh lebih selamat dan menguntungkan berbanding meminjam daripada pemberi pinjaman berlesen yang biasanya mengenakan faedah tinggi dan syarat yang membebankan.
Jangan mudah terpedaya dengan tawaran pinjaman segera. Pastikan anda membuat keputusan yang bijak demi kelangsungan perniagaan dan kewangan anda.
Salah satu perangkap yang sering menjerat peniaga ialah pinjaman dengan Ah Long, yang menggunakan nama syarikat Sdn Bhd atau Enterprise. Ramai tidak sedar bahawa pemberi pinjaman ini sebenarnya Ah Long yang berselindung di sebalik sijil pendaftaran syarikat. Ada juga kes di mana sijil SSM yang ditunjukkan adalah palsu. Perlu diingat, memiliki sijil SSM tidak semestinya bermakna anda boleh mengambil tindakan undang-undang dengan mudah. Sekali terjerat dengan Ah Long, memang sangat membebankan.
Kami sendiri pernah melihat iklan-iklan mereka, dan sering juga menerima pertanyaan daripada peniaga yang ragu-ragu. Banyak kes yang kami temui melibatkan sijil SSM yang dipalsukan untuk menimbulkan kepercayaan.
Modus operandi mereka biasanya akan bermula dengan menunjukkan sijil SSM sebagai ‘bukti’ kononnya syarikat mereka sah. Sedangkan jika anda perasan, tiga agensi kerajaan yang disebut tadi langsung tidak perlu menunjuk-nunjuk sijil pendaftaran. Begitu juga dengan pihak bank. Malah, jika pemberi pinjaman itu benar-benar berdaftar sekalipun, mereka biasanya lebih arif dalam selok-belok undang-undang dan mempunyai sumber untuk melantik peguam sekiranya berlaku pertikaian.
Jadi, berhati-hatilah wahai usahawan. Semak dahulu dengan teliti sebelum membuat sebarang pinjaman!
Kalau mahu, saya boleh ringkaskan lagi atau beri versi lebih formal.
Oleh Nur Firdaus bin Muhammad
Nak renew SSM?
0106606769 Wasap kami ya!
Disclaimer : This website is not affiliated with or endorsed by any government agency, including SSM and LHD. We provide independent consulting services to assist businesses with compliance and preparation of accounting / bookkeeping records only.
Copyright 2025 of Nur Firdaus Corporate Services - NF 2137 / Trafik Dagang - MA0269344-H l Privacy Policy