Khidmat nasihat perniagaan merangkumi pelbagai skop, yang bergantung kepada kepakaran, pengalaman, dan kelayakan individu. Mereka yang memberikan khidmat nasihat ini sering dirujuk sebagai konsultan. Berdasarkan kelebihan yang mereka ada mereka tawarkan perkhidmatan dan mengena cajnya.
Pengasas kami di konsultanbisnes.com iaitu En Nur Firdaus bin Muhammad merupakan seorang akauntan bertauliah dan setiausaha syarikat yang berlesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia @ SSM. Berdasarkan kelebihan yang ada kami menawarkan perkhidmatan berkaitan seperti penyediaan laporan kewangan bisnes @ servis akauntan luar @ buat kira untung rugi bisnes ( terma berbeza tapi maksudnya hampir sama ), khidmat nasihat mula bisnes dan naik taraf, dan lain-lain yang berkaitan.
Millionmind Business Solutions - AS0345751-X
Mengusahakan secara separuh masa perkhidmatan perakaunan kepada peniaga. Kebiasaanya dokumen yang disediakan adalah bagi kegunaan proses kira cukai dan proses pengisytiharan pendapatan kepada pihak LHDN.
Millionmind Business Solutions Sdn. Bhd. - 1181212-T
Menaik taraf perniagaan kami kepada tahap Sdn Bhd. Mengembangkan lagi bisnes dan perkhidmatan yang ada. Tidak lama selepas itu menukarkan nama syarikat kepada Millionmind Sdn. Bhd.
Trafik Dagang - MA0269344
Ramai terkesan kepada PKP termasuk lah kami, jadi penstrukturkan semula syarikat kami dibuat. Masih mengusahakan bidang yang sama tetapi menukarkan pemilikan perniagaan kepada pemilik lain. Tapi tugasan setiausaha syarikat dan akauntan kepada klien yang sama masih berjalan seperti biasa.
Nur Firdaus Corporate Services - NF2137
Didaftarkan sejak 2020 lagi tetapi memulakan operasi secara rasmi pada Januari 2024. Ditubuhkan bagi mengasingkan perkhidmatan yang disedikan, firma ini difokuskan kepada tugasan sebagai akauntan bagi perkhidmatan berkaitan penyediaan laporan kewangan.
Selari dengan perjalanan bisnes kami, KonsultanBisnes.com menyatukan kedua-dua entiti di bawah sambil menyelia konten-konten yang dipaparkan seterusnya memudahkan proses pemasaran pihak kami.
NUR FIRDAUS CORPORATE SERVICES
No. Firma : NF2137
No Perakuan Amalan Dengan Pihak MIA : PC 5861
Firma yang di tubuhkan mengkhususkan kepada perkhidmatan berkaitan perakaunan bagi penyediaan laporan kewangan kepada syarikat Sdn Bhd atau Enterprise.
TRAFIK DAGANG
No Pendaftaran : MA0269344-H
No Perakuan Amalan Dengan Pihak SSM : 201908000398
Di bawah entiti TRAFIK DAGANG kami gunakan untuk jalankan perkhidmatan setiausaha syarikat yang berfungsi berkaitan pematuhan syarikat Sdn. Bhd.
Setiausaha Syarikat Berlesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Akauntan Bertauliah dengan Persatuan Akauntan Malaysia
Ahli Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia - M.A.T.A.
Copyright of Nur Firdaus Corporate Services - NF 2137 / Trafik Dagang - MA0269344-H