Sana sini cerita E Invoice..
MAKSUD INVOICE MENGIKUT KAMI
Invoice terma dalam bahasa inggeris, manakala dalam bahasa melayu disebut invois.
Adalah suatu dokumen yang diberikan oleh penjual untuk urusan berkaitan jual beli samaada berkaitan barangan atau perkhidmatan kepada pembeli iaitu pelanggan bagi membuktikan aktiviti jualan berlaku.
Pada dokumen berkenaan terdapat butiran yang didagangkan atau urus niaga yang di jalankan. Antara butiran yang diletakkan adalah berapa unit yang dijual beli, nilai urusan ( samaada dalam ringgit atau lain-lain matawang ), butiran penjual dan pembeli, tarikh berlakunya urusan, dan lain2 butiran yang dirasakan munasabah untuk diletakkan.
E-INVOICE
Adalah bermaksud invois elektronik, iaitu versi digital bagi invois tradisional. Ia dikeluarkan, dihantar, dan diterima dalam format elektronik melalui sistem atau platform digital, seperti e-mel, portal dalam talian, atau perisian perakaunan. E-invois memudahkan pemprosesan, penyimpanan, dan pengesanan invois, serta mengurangkan penggunaan kertas dan masa yang diperlukan untuk urusan invois secara manual.
E INVOICE OLEH LHDN
E Invoice adalah polisi baru berkaitan pengeluaran invoice di Malaysia yang mana diselia kawal urusannya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ).
Dimulakan oleh syarikat yang punyai jualan RM100 juta ke atas pada 1 Ogos 2024.
Sumber makluman utama bagi pelaksanaan E-Invoice adalah melalui web LHDN. Anda boleh rujuk secara lebih terperinci di web berkenaan.
PERHATIAN! KESAN E INVOICE PADA PENIAGA
Bila pelaksanaan ini di buat, peniaga perlu menghantar maklumat jualan secara "real time" terus kepada pihak LHDN. Mereka yang sebelom ini tidak pernah menghantar borang isytihar pendapatan perlu selesaikannya dengan segera kerana pihak LHDN akan mula menyemak data mereka peniaga yang tidak pernah buat isytihar pendapatan.
Mereka yang tidak paham asas cukai juga digalakkan untuk mula mencari maklumat dengan segera. Dan di kehendaki menyemak status cukai mereka.
Copyright of Nur Firdaus Corporate Services - NF 2137 / Trafik Dagang - MA0269344-H